Carilah jiran sebelum mencari rumah

TEKS BAHASA ARAB

التمسوا الجار قبل الدار، والرفيق قبل الطريق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah jiran sebelum mencari rumah, dan carilah peneman sebelum kamu mencari jalan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis nombor 1045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن رافع بن خديج – رضي الله عنه – مرفوعا: ((التمسوا الجار قبل الدار، والرفيق قبل الطريق)). [طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (2674، 3013)]

(Sangat Lemah)
Daripada Rafi’ bin Khadij RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Carilah jiran sebelum mencari rumah, dan carilah peneman sebelum kamu mencari jalan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2674, 3013]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs