TEKS BAHASA ARAB
خرج بني الله صلى الله عليه وسلم يوما يستسقي، فصلى بنا ركعتين بغير أذان ولا إقامة، ثم خطبنا، ودعا الله، وحول وجهه نحو القبلة رافعا يده، ثم قلب رداءه، فجعل الأيمن على الأيسر، والأيسر على الأيمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Allah SAW telah keluar pada suatu hari untuk memohon hujan. Lalu baginda mengimamkan kami solat dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah dalam keadaan baginda memalingkan wajahnya ke arah kiblat dengan mengangkat tangannya. Kemudian baginda meyilangkan kain ridaknya, yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.
STATUS
Munkar dengan sebutan “khutbah selepas solat”
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis nombor 8257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (الخطبة بعد الصلاة)) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: ((خرج نبي الله -صلى الله عليه وسلم- يوما يستسقي، فصلى بنا ركعتين بغير أذان ولا إقامة، ثم خطبنا، ودعا الله، وحول وجهه نحو القبلة رافعا يده، ثم قلب رداءه، فجعل الأيمن على الأيسر، والأيسر على الأيمن)). [حم، هـ، ابن خزيمة، الطحاوي، هق، ((الضعيفة))(5630)].
(Munkar dengan sebutan “khutbah selepas solat”)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: “Nabi Allah SAW telah keluar pada suatu hari untuk memohon hujan. Lalu baginda mengimamkan kami solat dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah dalam keadaan baginda memalingkan wajahnya ke arah kiblat dengan mengangkat tangannya. Kemudian baginda meyilangkan kain ridaknya, yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.”
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah, al-Tahawi dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5630].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.