Cara Rasulullah SAW memakai serban

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يدير كور العمامة على رأسه، ويغرزها من ورائه، ويرسل لها شيئا بين كتفيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW akan melilitkan kain serban itu di atas kepala baginda dan menyelitkannya di belakang (kepala). Dan sebahagian kain akan melepasi di antara bahu baginda.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1626, hadis nombor 8219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد السلام، قال: قلتُ لابن عمر: كيف كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يعتم؟ قال: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يدير كور العمامة على رأسه، ويغرزها من ورائه، ويرسل لها شيئاً بين كتفيه)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، هب، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (4267)].

(Munkar)
Daripada Abd al-Salam, beliau berkata, aku bertanya kepada Ibn Umar: Bagaimana Rasulullah SAW memakai serban? Beliau menjawab: "Rasulullah SAW akan melilitkan kain serban itu di atas kepala baginda dan menyelitkannya di belakang (kepala). Dan sebahagian kain akan melepasi di antara bahu baginda.”
[Riwayat Abu Syeikh dalam Akhlak Nabi SAW, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4267].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.