Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – يُديرُ كورَ العمامةِ على رأسِهِ، ويغرزُها مِن ورائِهِ، ويُرسل لها شيئًا بينَ كِتفَيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW akan melilitkan kain serban itu di atas kepala baginda dan menyelitkannya di belakang (kepala). Dan sebahagian kain akan melepasi di antara bahu baginda.
Sahabat Perawi
- Ibn Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1626, hadis no. 8219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد السلام، قال: قلتُ لابن عمر: كيف كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يعتم؟ قال: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم – يدير كور العمامة على رأسه، ويغرزها من ورائه، ويرسل لها شيئاً بين كتفيه)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، هب، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (4267)].
(Munkar) Daripada Abd al-Salam, beliau berkata, aku bertanya kepada Ibn Umar: Bagaimana Rasulullah SAW memakai serban? Beliau menjawab: "Rasulullah SAW akan melilitkan kain serban itu di atas kepala baginda dan menyelitkannya di belakang (kepala). Dan sebahagian kain akan melepasi di antara bahu baginda.” [Riwayat Abu Syeikh dalam Akhlak Nabi SAW, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4267].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman