TEKS BAHASA ARAB
لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن من الصدغين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah salah seorang daripada kamu memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi mulailah daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis nombor 8248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: ((لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن من الصدغين)). [عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (5453)].
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Janganlah salah seorang daripada kamu memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi mulailah daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga))).
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abu Nu’aim dalam al-Ḥilyah, dan al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5453].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.