Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cara potong janggut hendaklah bermula dari belah pelipis

Teks Bahasa Arab

لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن من الصدغين.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah salah seorang daripada kamu memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi mulailah daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga).

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis no. 8248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم: ((لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن من الصدغين)). [عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (5453)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Janganlah salah seorang daripada kamu memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi mulailah daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga))). [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abu Nu’aim dalam al-Ḥilyah, dan al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5453].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.