Cara menyucikan tanah ialah dengan mengeringkannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ذكاة الأرض يبسها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Cara menyucikan tanah ialah dengan mengeringkannya.

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 84, hadis nombor 207. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لا أصل له، وإنما هو قول محمد بن الحنفية، أخرجه ابن جرير في (تهذيب الآثار) وقال السيوطي: وأخرجه ابن أبي شيبة في المنصف عنه، وعن ابن جعفر وعن أبي قلابة قولهما، وقد روي عن عائشة موقوفا، وجعله في (الهداية) مرفوعا قال ابن حجر: لم أره.

Al-Zarkasyi berkata: Tiada asalnya. Ia hanyalah kata-kata Muhammad bin al-Hanafiyyah. Ibn Jarir telah mengeluarkannya dalam Tahzib al-Athar. al-Suyuti berkata: Ibn Abi Shaibah telah mengeluarkannya dalam al-Musannaf beliau daripada Muhammad bin al-Hanafiyyah, daripada Ibn Ja’far dan daripada Abi Qilabah sebagai kata-kata mereka berdua. Ia turut diriwayatkan daripada ‘Aishah sevara mauquf dan di dalam al-Hidayah pula menjadikannya sebagai marfu’. Ibn Hajar berkata: Saya tidak pernah melihatnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs