Cara memimpin dan perbezaan balasan di akhirat

TEKS BAHASA ARAB

من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف، فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله، وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى، شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم، فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memimpin 10 orang, dan mengadili antara mereka dengan apa yang mereka sukai atau benci, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghukum dengan apa yang Allah turunkan, dan tidak melakukan rasuah dalam pemerintahannya, tidak melampau, maka Allah akan membebaskannya pada hari tiada belenggu melainkan belengguNya. Jika dia menghukum dengan sesuatu yang bukan Allah turunkan, dan merasuah dalam pemerintahannya, tidak berlaku adil, maka Allah akan menghimpitkan bahagian kanannya ke bahagian kirinya, lalu dia dilemparkan ke neraka Jahannam, yang mana dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali setelah 500 tahun.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 858, hadis nombor 4388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله، وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى، شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام)). [ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memimpin 10 orang, dan mengadili antara mereka dengan apa yang mereka sukai atau benci, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghukum dengan apa yang Allah turunkan, dan tidak melakukan rasuah dalam pemerintahannya, tidak melampau, maka Allah akan membebaskannya pada hari tiada belenggu melainkan belengguNya. Jika dia menghukum dengan sesuatu yang bukan Allah turunkan, dan merasuah dalam pemerintahannya, tidak berlaku adil, maka Allah akan menghimpitkan bahagian kanannya ke bahagian kirinya, lalu dia dilemparkan ke neraka Jahannam, yang mana dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali setelah 500 tahun.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6870].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs