Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من وَلِيَ على عشرةٍ، فحكمَ بينهم بما أحبُّوا أو كرهوا، جيءَ بهِ يومَ القيامةِ مغلولةٌ يداهُ إلى عنقِهِ، فإن حكمَ بما أنزلَ اللهُ، ولم يَرْتَشِ في حُكْمِهِ، ولم يَحْفِ، فكَّ اللهُ عنهُ يومَ القيامةِ يومَ لا غُلٌّ إلا غُلُّهُ، وإن حكمَ بغيرِ ما أنزلَ اللهُ تعالى، وارتَشَى في حُكْمِهِ، وحَابَى، شُدَّتْ يسارُه إلى يمينِه، ورُمِيَ بهِ في جهنمَ، فلم يبلغْ قعرَها خمسُ مئةِ عامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memimpin 10 orang, dan mengadili antara mereka dengan apa yang mereka sukai atau benci, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghukum dengan apa yang Allah turunkan, dan tidak melakukan rasuah dalam pemerintahannya, tidak melampau, maka Allah akan membebaskannya pada hari tiada belenggu melainkan belengguNya. Jika dia menghukum dengan sesuatu yang bukan Allah turunkan, dan merasuah dalam pemerintahannya, tidak berlaku adil, maka Allah akan menghimpitkan bahagian kanannya ke bahagian kirinya, lalu dia dilemparkan ke neraka Jahannam, yang mana dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali setelah 500 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 858, hadis no. 4388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله، وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى، شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام)). [ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memimpin 10 orang, dan mengadili antara mereka dengan apa yang mereka sukai atau benci, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghukum dengan apa yang Allah turunkan, dan tidak melakukan rasuah dalam pemerintahannya, tidak melampau, maka Allah akan membebaskannya pada hari tiada belenggu melainkan belengguNya. Jika dia menghukum dengan sesuatu yang bukan Allah turunkan, dan merasuah dalam pemerintahannya, tidak berlaku adil, maka Allah akan menghimpitkan bahagian kanannya ke bahagian kirinya, lalu dia dilemparkan ke neraka Jahannam, yang mana dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali setelah 500 tahun.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6870].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman