Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Cara bertayammum adalah dengan dua kali tepukan

Teks Bahasa Arab

التيممُ ضربتانِ: ضربةٌ للوجهِ وضربةٌ لليدَينِ إلى المرفقَينِ.

Teks Bahasa Melayu

Cara bertayammum adalah dengan dua kali tepukan, sekali untuk muka dan sekali lagi untuk kedua-dua belah tangan hingga siku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1203, hadis no. 6113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعاً: التيمم ضربتان: ضربة للوجه وضربة لليدين إلى المرفقين. [طب، ك، ((الضعيفة)) (3427)]

(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu': Cara bertayammum adalah dengan dua kali tepukan, sekali untuk muka dan sekali lagi untuk kedua-dua belah tangan hingga siku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3427]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.