Cara berbuat baik kepada ibubapa yang telah meninggal dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم؛ خصال أربع: الدعاء لهما، والاستغفار لهما، وإنفاذ وعدهما، وصلة الرحم التي لا رحم لك إلا من قبلهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, ada empat perkara, iaitu: Mendoakan keduanya, memohon keampunan buat keduanya, melunaskan janji mereka berdua, serta menyambung silaturahim (mengeratkan hubungan kekeluargaan) dengan orang-orang yang tidak ada hubungan kekeluarga untuk kamu melainkan daripada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 21, hadis nombor 54. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أسيد، قال: بينما أنا جالس عند النبي – صلى الله عليه وسلم – أتاه رجل من بني سلمة فقال: يا رسول الله هل بقي من بر أبوي شيء بعد موتهما أبرهما به؟. قال: نعم؛ خصال أربع: الدعاء لهما، والاستغفار لهما، وإنفاذ وعدهما، وصلة الرحم التي لا رحم لك إلا من قبلهما)).
[ابن أبي شيبة في ((الأدب))، الروباني، الخطيب في ((الموضح))، الواحدي، السلمي في ((آداب الصحبة))، ((الضعيفة)) (597)]

(Lemah) Daripada Abu Usaid beliau berkata: Ketika aku sedang duduk di sisi Nabi SAW, datang seorang lelaki daripada kalangan Bani Salamah lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, adakah masih terdapat cara untuk aku berbuat baik kepada kedua ibubapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia? Baginda bersabda: “Ya, ada empat perkara, iaitu: Mendoakan keduanya, memohon keampunan buat keduanya, melunaskan janji mereka berdua, serta menyambung silaturahim (mengeratkan hubungan kekeluargaan) dengan orang-orang yang tidak ada hubungan kekeluarga untuk kamu melainkan daripada mereka.”
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Adab, al-Ruyani, al-Khatib dalam al-Mudhih, al-Wahidi, al-Sulami dalam Adab al-Suhbah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.