Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعَم، خصالٌ أربَعُ : الدُّعاءُ لَهُما، و الاستغفارُ لهما، و إنفاذُ وعدِهِما، و صلَةُ الرَّحِمِ الَّتى لا رحِمَ لكَ إلَّا مِن قِبَلِهما.
Teks Bahasa Melayu
Ya, ada empat perkara, iaitu: Mendoakan keduanya, memohon keampunan buat keduanya, melunaskan janji mereka berdua, serta menyambung silaturahim (mengeratkan hubungan kekeluargaan) dengan orang-orang yang tidak ada hubungan kekeluarga untuk kamu melainkan daripada mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Usaid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 21, hadis no. 54. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أسيد، قال: بينما أنا جالس عند النبي - صلى الله عليه وسلم - أتاه رجل من بني سلمة فقال: يا رسول الله هل بقي من بر أبوي شيء بعد موتهما أبرهما به؟. قال: نعم؛ خصال أربع: الدعاء لهما، والاستغفار لهما، وإنفاذ وعدهما، وصلة الرحم التي لا رحم لك إلا من قبلهما)). [ابن أبي شيبة في ((الأدب))، الروباني، الخطيب في ((الموضح))، الواحدي، السلمي في ((آداب الصحبة))، ((الضعيفة)) (597)]
(Daif) Daripada Abu Usaid beliau berkata: Ketika aku sedang duduk di sisi Nabi SAW, datang seorang lelaki daripada kalangan Bani Salamah lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, adakah masih terdapat cara untuk aku berbuat baik kepada kedua ibubapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia? Baginda bersabda: "Ya, ada empat perkara, iaitu: Mendoakan keduanya, memohon keampunan buat keduanya, melunaskan janji mereka berdua, serta menyambung silaturahim (mengeratkan hubungan kekeluargaan) dengan orang-orang yang tidak ada hubungan kekeluarga untuk kamu melainkan daripada mereka." [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Adab, al-Ruyani, al-Khatib dalam al-Mudhih, al-Wahidi, al-Sulami dalam Adab al-Suhbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.597]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman