Cantaslah orang yang bodoh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أصرم الأحمق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cantaslah orang bodoh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis nombor 621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن يسير بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم: اصْرِمِ الأحمقَ). [عد، هب، الضعيفة (6080)]

(Palsu) Daripada Yasīr ibn ‘Amr, daripada Nabi SAW telah bersabda: Cantaslah orang bodoh. [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6080]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.