Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اصْرِمِ الأحمقَ.
Teks Bahasa Melayu
Cantaslah orang bodoh.
Sahabat Perawi
- Yasīr bin ‘Amr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis no. 621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن يسير بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم: اصْرِمِ الأحمقَ). [عد، هب، الضعيفة (6080)]
(Palsu) Daripada Yasīr ibn ‘Amr, daripada Nabi SAW telah bersabda: Cantaslah orang bodoh. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6080]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman