Cahaya jadi terang benderang dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

سطع نور في الجنة فقيل ما هذا فإذا هو من ثغر حوراء ضحكت في وجه زوجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cahaya jadi terang benderang dalam syurga, lalu ditanya: "Apakah ini?". Rupa-rupanya ia adalah cahaya yang keluar daripada gigi bidadari yang ketawa di hadapan suaminya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 44, hadis nombor 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.