Batil

30/06/2024

minit bacaan



Cahaya jadi terang benderang dalam syurga

Teks Bahasa Arab

سَطَعَ نُورٌ فِي الجَنَّةِ فَقِيلَ: مَا هَذَا؟ فَإِذَا هُوَ مِنْ ثَغْرِ حَوْرَاءَ ضَحِكَتْ فِي وَجْهِ زَوْجِهَا.

Teks Bahasa Melayu

Cahaya jadi terang benderang dalam syurga, lalu ditanya: "Apakah ini?". Rupa-rupanya ia adalah cahaya yang keluar daripada gigi bidadari yang ketawa di hadapan suaminya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 44, hadis no. 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Batil.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.