Burung akan memukul tanah menggunakan paruhnya serta menggerakkan ekornya kerana kegentingan hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الطير لتضرب بمناقيرها على الأرض، وتحرك أذنابها من هول يوم القيامة، وما يتكلم شاهد الزور، ولا تفارق قدماه على الأرض حتى يقذف به إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seekor burung akan memukul tanah menggunakan paruhnya serta menggerakkan ekornya kerana kegentingan hari kiamat. Saksi palsu tidak akan mampu berbicara dan kedua kakinya tidak akan berpisah di atas tanah hinggalah dia dilemparkan dalam neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1307, hadis nombor 6679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، مرفوعا: إن الطير لتضرب بمناقيرها على الأرض، وتحرك أذنابها من هول يوم القيامة، وما يتكلم شاهد الزور، ولا تفارق قدماه على الأرض حتى يقذف به إلى النار.
[طس، عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1260)].

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seekor burung akan memukul tanah menggunakan paruhnya serta menggerakkan ekornya kerana kegentingan hari kiamat. Saksi palsu tidak akan mampu berbicara dan kedua kakinya tidak akan berpisah di atas tanah hinggalah dia dilemparkan dalam neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-'Uqaili, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1260].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs