Bunyi tunggangan (pelana) apabila ia ditunggang

TEKS BAHASA ARAB

إن كرسيه وسع السماوات والأرض، وإنه ليقعد عليه؛ فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع – ومد أصابعه الأربع -، وإن له أطيطا كأطيط الرحل [إذا ركب].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya melainkan kadar empat jari – baginda menghulurkan empat jari baginda –dan ‘Arasy itu mempunyai satu bunyi seperti bunyi tunggangan (pelana) apabila ia ditunggang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376 – 1377, hadis nombor 7008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن خليفة، قال: أتت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: ادع الله أن يدخلني الجنة. فعظم الرب، فقال: إن كرسيه وسع السموات والأرض، وإنه ليقعد عليه؛ فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع – ومد أصابعه الأربع -، وإن له أطيطا كأطيط الرحل [إذا ركب].
[الدارمي في ((الرد على المريسي))، عبد الله بن أحمد في ((السنة))، ((الضعيفة)) (6329)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin Khalifah telah berkata: Seorang wanita telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Doakanlah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga. Kemudian baginda mengagungkan Allah, lalu bersabda: Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya melainkan kadar empat jari – baginda menghulurkan empat jari baginda –dan ‘Arasy itu mempunyai satu bunyi seperti bunyi tunggangan (pelana) apabila ia ditunggang.
[Riwayat al-Darimi dalam al-Rad Ala al-Murisi dan 'Abdullah bin Ahmad dalam al-Sunnah). Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6329]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs