Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ كُرْسِيَّهُ وّسِعَ السماواتِ والأرضَ، وإنه لَيَقْعُدُ عليه، فما يَفْضُلُ منه إلا قَدْرُ أَرْبَعِ أصابع - ومد أصابعه الأربع -، وإن له أَطِيْطاً كأطيطِ الرَّحْل [إذا رُكِبَ].
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya melainkan kadar empat jari – baginda menghulurkan empat jari baginda –dan ‘Arasy itu mempunyai satu bunyi seperti bunyi tunggangan (pelana) apabila ia ditunggang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376 - 1377, hadis no. 7008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada 'Abdillah bin Khalifah telah berkata: Seorang wanita telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Doakanlah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga. Kemudian baginda mengagungkan Allah, lalu bersabda: Sesungguhnya kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan Dia bersemayam di atas ‘arasy itu dan tiada beza daripadanya melainkan kadar empat jari – baginda menghulurkan empat jari baginda –dan ‘Arasy itu mempunyai satu bunyi seperti bunyi tunggangan (pelana) apabila ia ditunggang. [Riwayat al-Darimi dalam al-Rad Ala al-Murisi dan 'Abdullah bin Ahmad dalam al-Sunnah). Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6329]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman