Bunyi pena ketika menulis hadis-hadis

TEKS BAHASA ARAB

صرير الأقلام عند الأحاديث يعدل عند الله التكبير الذي يكبر في رباط عسقلان وعبادان ومن كتب أربعين حديثا أعطي ثواب الشهداء الذين قتلوا بعبادان وعسقلان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bunyi pena ketika menulis hadis-hadis adalah menyamai takbir yang dilaungkan di perbatasan Asqalan dan Ibadan di sisi Allah. Barangsiapa yang menulis empat puluh hadis, dia akan diberikan pahala para syuhada yang terbunuh di Ibadan dan Asqalan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمثله عَن شهر بن حَوْشَب رَفعه عَن ابْن عمر رَفعه «صرير الأقلام عِنْد الْأَحَادِيث يعدل عِنْد الله التَّكْبِير الَّذِي يكبر فِي رِبَاط عسقلان وعبادان وَمن كتب أَرْبَعِينَ حَدِيثا أعْطى ثَوَاب الشُّهَدَاء الَّذين قتلوا بعبادان وعسقلان» فِي الْمِيزَان هَذَا خبر بَاطِل.

Hadis seumpama ini juga diriwayatkan secara marfu’ daripada Shahr Bin Hausyab daripada Ibn Umar:
“Bunyi pena ketika menulis hadis-hadis adalah menyamai takbir yang dilaungkan di perbatasan Asqalan dan Ibadan di sisi Allah. Barangsiapa yang menulis empat puluh hadis, dia akan diberikan pahala para syuhada yang terbunuh di Ibadan dan Asqalan.” Dalam kitab Al-Mizan menyebut bahawa ia merupakan khabar yang batil lagi palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs