Bunyi pen di sisi hadis-hadis (yang menulis hadis) setara di sisi Allah dengan takbir

TEKS BAHASA ARAB

صرير الأقلام عند الأحاديث يعدل عند الله التكبير الذي يكبر في رباط عسقلان وعبادان، ومن كتب أربعين حديثا أعطي ثواب الشهداء الذين قتلوا بعبادان وعسقلان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bunyi pen di sisi hadis-hadis (yang menulis hadis) setara di sisi Allah dengan takbir yang ditakbirkan di sempadan bandar ‘Asqalan dan Abbadan; dan sesiapa yang menulis 40 hadis akan diberi pahala syuhada yang terbunuh di Abbadan dan ‘Asqalan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 116, hadis nombor 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال (الذهبي) في الميزان: هذا خبر باطل.

Berkata (al-Zahabi) dalam kitab al-Mizan: Ini khabar batil.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs