Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bunuhlah yang muncul daripada kalangannya (ular), kerana sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir

Teks Bahasa Arab

اقتُلوا ما ظهرَ منها، فإنَّ مَن قتلَها قَتلَ كافرًا، ومَن قَتلتْهُ كان شَهيدًا.

Teks Bahasa Melayu

Bunuhlah yang muncul daripada kalangannya (ular), kerana sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir dan sesiapa yang dibunuh olehnya maka dia adalah syahid.

Sahabat Perawi

  1. Sarra' binti Nabhan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis no. 2130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سراء بنت نبهان - رضي الله عنها - وكانت ربة بيت في الجاهلية قالت: سأل نصيب مولانا رسول الله ﷺ عن الحيات ما يقتل منها؟ قال: «اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا». [طب، ابن منده، «الضعيفة» (2861)].

(Sangat Lemah) Daripada Sarra' binti Nabhan RA yang merupakan seorang suri rumah semasa zaman jahiliah, beliau berkata: Nusayb bertanya kepada tuan kami Rasulullah ﷺ tentang ular yang mana yang boleh dibunuh. Rasulullah ﷺ bersabda: "Bunuhlah yang muncul daripada kalangannya (ular), kerana sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir dan sesiapa yang dibunuh olehnya maka dia adalah syahid". [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Mandah dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2861].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.