Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقتُلوا ما ظهرَ منها، فإنَّ مَن قتلَها قَتلَ كافرًا، ومَن قَتلتْهُ كان شَهيدًا.
Teks Bahasa Melayu
Bunuhlah yang jelas daripadanya. Kerana sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir. Dan sesiapa yang dibunuh olehnya, dia mati syahid.
Sahabat Perawi
- Sarra’ binti Nabhan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 987, hadis no. 5085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
5085-65- (ضعيف جدا) عن سراء بنت نبهان وكانت ربة بيت في الجاهلية قالت: سأل نصيب مولانا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحيات ما يقتل منها؟ قال: اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا. [طب، ابن منده، ((الضعيفة)) (2861)]
(Sangat Lemah) Daripada Sarra’ binti Nabhan, yang dahulunya suri rumah di zaman Jahiliyah, dia berkata: Nasib bekas tuan kami bertanya Rasulullah SAW tentang ular yang manakah boleh dibunuh? Baginda menjawab: bunuhlah yang jelas daripadanya. Kerana sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir. Dan sesiapa yang dibunuh olehnya, dia mati syahid. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-kabir dan Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2861]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman