Bunuhlah (ular) yang jelas muncul daripada kumpulannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bunuhlah (ular) yang jelas muncul daripada kumpulannya kerana sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir. Manakala sesiapa yang dibunuh olehnya, dia mati syahid.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 987, hadis nombor 5085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ‌سراء ‌بنت نبهان وكانت ربة بيت في الجاهلية قالت: سأل نصيب مولانا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحيات ما يقتل منها؟ قال: ((اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا)). [طب، ابن منده، ((الضعيفة)) (2861)]

(Sangat Lemah) Daripada Sarra’ bint Nabhan, beliau merupakan seorang suri rumah ketika zaman jahiliah, katanya: Nusaib telah bertanya kepada tuan kami Rasulullah SAW tentang ular-ular apakah yang boleh dibunuh? Sabda Baginda SAW: ((Bunuhlah (ular) yang jelas muncul daripada kumpulannya kerana sesiapa yang membunuhnya, maka dia telah membunuh seorang kafir. Manakala sesiapa yang dibunuh olehnya, dia mati syahid)).[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Mandah dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.