TEKS BAHASA ARAB
الدار حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 791, hadis nombor 4065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه مرفوعاً: الدار حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله.
[حم، هق، (الضعيفة) (3607)]
(Lemah)
Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3607]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.