Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bunuhlah mereka yang masuk ke dalam tanah haram kamu

Teks Bahasa Arab

الدارُ حَرَمٌ، فمن دخل عليك حَرَمَكَ؛ فاقتلْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.

Sahabat Perawi

  1. Ubadah bin al-Samit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 791, hadis no. 4065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه مرفوعاً: ‌الدار ‌حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله. [حم، هق، (الضعيفة) (3607)]

(Lemah) Daripada 'Ubadah bin al-Samit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3607]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.