Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَكونُ في آخرِ الزَّمانِ قومٌ يُنبَزونَ: الرَّافضةَ، يرفُضونَ الإسلامَ ويلفِظونَهُ، فاقتُلوهم فإنَّهم مشرِكونَ.
Teks Bahasa Melayu
Akan ada satu kaum pada akhir zaman yang digelar al-Rafidah. Mereka menolak Islam dan melafazkannya. Bunuh mereka kerana mereka adalah orang-orang musyrik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1386, hadis no. 7044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عبد الله بن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يكون في آخر الزمان قوم ينبزون: الرافضة، يرفضون الإسلام ويلفظونه، فاقتلوهم فإنهم مشركون. [عبد بن حميد، ابن أبي عاصم، ع، عق، البيهقي في ((الدلائل))، عد، طب، حل، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6267)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Akan ada satu kaum pada akhir zaman yang digelar al-Rafidah. Mereka menolak Islam dan melafazkannya. Bunuh mereka kerana mereka adalah orang-orang musyrik. [Riwayat 'Abd bin Humaid, Ibn Abi 'Asim, Abu Ya'la dalam al-Musnad, al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Dala'il, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6267]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman