Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقتُلُوا الوَزَغَ ولَوْ في جَوفِ الكعبةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bunuhlah cicak walaupun kamu sedang berada di dalam perut Kaabah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 736, hadis no. 3762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((اقتلوا الوزغ ولو في جوف الكعبة)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (2522)]
(Daif) Daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bunuhlah cicak walaupun kamu sedang berada di dalam perut Kaabah. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2522]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman