Bunuhlah apa zahir/muncul daripadanya dan barangsiapa yang membunuhnya seakan dia telah membunuh orang kafir dan sesiapa yang dibunuhnya dia merupakan syahid.”

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Sarra binti Nubhan dan dia merupakan suri rumah pada zaman Jahiliyyah. Dia berkata: Hamba kami bernama Nasib bertanya Rasulullah SAW tentang ular, yang manakah yang patut kami bunuh? Baginda berkata: Bunuhlah apa zahir/muncul daripadanya dan barangsiapa yang membunuhnya seakan dia telah membunuh orang kafir dan sesiapa yang dibunuhnya dia merupakan syahid.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730, hadis nombor 8706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سرا بنت نبهان وكانت ربة بيت في الجاهلية قالت: سأل نصيب مولانا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحيات، ما نقتل منها؟ قال: ((اقتلوا ما ظهر منها، فإن من قتلها قتل كافرا، ومن قتلته كان شهيدا)). [طب، ابن منده، ((الضعيفة)) (2861)]

(Sangat Lemah)
Daripada Sarra binti Nubhan dan dia merupakan suri rumah pada zaman Jahiliyyah. Dia berkata: Hamba kami bernama Nasib bertanya Rasulullah SAW tentang ular, yang manakah yang patut kami bunuh? Baginda berkata: Bunuhlah apa zahir/muncul daripadanya dan barangsiapa yang membunuhnya seakan dia telah membunuh orang kafir dan sesiapa yang dibunuhnya dia merupakan syahid.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.