TEKS BAHASA ARAB
الورد الأبيض خلق من عرقه صلى الله عليه وسلم، والأحمر من عرق جبريل، والأصفر من عرق البراق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bunga ros putih dicipta daripada peluhnya Nabi SAW, ros merah daripada peluh Jibril AS dan ros kuning daripada peluh haiwan Buraq.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 203, hadis nombor 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
مذكور في مسند الفردوس وغيره، قال النووي: لا يصح. وقال آخرون: إنه موضوع.
Disebutkan dalam Musnad al-Firdaus dan selainnya. Al-Nawawi berkata tidak sahih dan yang lain berkata bahawa ia palsu.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.