Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bunga ros putih dicipta daripada peluhnya Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

الْوَرْدُ الأَبْيَضُ خُلِقَ مِنْ عَرَقِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالأَحْمَرُ مِنْ عَرَقِ جِبْرِيلَ، وَالأَصْفَرُ مِنْ عَرَقِ الْبُرَاقِ.

Teks Bahasa Melayu

Bunga ros putih dicipta daripada peluhnya Nabi SAW, ros merah daripada peluh Jibril AS dan ros kuning daripada peluh haiwan Buraq.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 203, hadis no. 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

مذكور في مسند الفردوس وغيره، قال النووي: لا يصح. وقال آخرون: إنه موضوع.

Disebutkan dalam Musnad al-Firdaus dan selainnya. Al-Nawawi berkata tidak sahih dan yang lain berkata bahawa ia palsu.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.