Bunga mawar itu diciptakan daripada peluh Nabi SAW atau daripada peluh Buraq

TEKS BAHASA ARAB

إن الورد خلق من عرق النبي صلى الله عليه وسلم، أو من عرق البراق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bunga mawar itu diciptakan daripada peluh Nabi SAW atau daripada peluh Buraq.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 70, hadis nombor 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: لا يصح. وقال العسقلاني وغيره: موضوع.

Al-Nawawi berkata: Tidak sahih. Al-‘Asqalani dan selainnya berkata: Palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs