Bumi tidak akan sunyi daripada 40 orang lelaki semisal Khalil al-Rahman

TEKS BAHASA ARAB

لن تخلو الأرض من أربعين رجلا مثل خليل الرحمن ، فبهم يسقون ، وبهم ينصرون ، ما مات منهم أحد إلا أبدل الله مكانه آخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bumi tidak akan sunyi daripada 40 orang lelaki semisal Khalil al-Rahman (kekasih al-Rahman), maka kerana mereka kalian diberi minum dan kerana mereka kalian akan ditolong. Tiada seorang pun daripada mereka meninggal dunia melainkan Allah gantikan tempatnya dengan seorang yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis nombor 9349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه – مرفوعا: ((لن تَخلوَ الأرضُ مِنْ أربعينَ رجلًا مِثلَ خليلِ الرحمنِ، فَبِهِم يُسقَوْنَ ، وبِهِم يُنصَرونَ ، ما مات منهم أَحَدٌ إلا أَبْدَلَ اللهُ مكانَه آخَرَ)). [طس، ((الضعيفة))، (4341)].

(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bumi tidak akan sunyi daripada 40 orang lelaki semisal Khalil al-Rahman (kekasih al-Rahman), maka kerana mereka kalian diberi minum dan kerana mereka kalian akan ditolong. Tiada seorang pun daripada mereka meninggal dunia melainkan Allah gantikan tempatnya dengan seorang yang lain.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4341]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs