Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لن تَخلوَ الأرضُ مِنْ أربعينَ رجلًا مِثلَ خليلِ الرحمنِ ، فَبِهِم يُسقَوْنَ ، وبِهِم يُنصَرونَ ، ما مات منهم أَحَدٌ إلا أَبْدَلَ اللهُ مكانَه آخَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Bumi tidak akan sunyi daripada 40 orang lelaki semisal Khalil al-Rahman (kekasih al-Rahman), maka kerana mereka kalian diberi minum dan kerana mereka kalian akan ditolong. Tiada seorang pun daripada mereka meninggal dunia melainkan Allah gantikan tempatnya dengan seorang yang lain.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis no. 9349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه - مرفوعا: ((لن تَخلوَ الأرضُ مِنْ أربعينَ رجلًا مِثلَ خليلِ الرحمنِ، فَبِهِم يُسقَوْنَ ، وبِهِم يُنصَرونَ ، ما مات منهم أَحَدٌ إلا أَبْدَلَ اللهُ مكانَه آخَرَ)). [طس، ((الضعيفة))، (4341)].
(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bumi tidak akan sunyi daripada 40 orang lelaki semisal Khalil al-Rahman (kekasih al-Rahman), maka kerana mereka kalian diberi minum dan kerana mereka kalian akan ditolong. Tiada seorang pun daripada mereka meninggal dunia melainkan Allah gantikan tempatnya dengan seorang yang lain.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4341]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman