Bumi tidak akan pernah kosong dari 30 orang wali

TEKS BAHASA ARAB

لن تخلو الأرض من ثلاثين مثل إبراهيم خليل الرحمن ، بهم يعافون ، وبهم يرزقون ، وبهم يمطرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bumi tidak akan pernah kosong dari 30 orang wali yang seperti Ibrahim Khalil al-Rahman. Disebabkan mereka umat manusia masih diampunkan, diberi rezeki dan masih diturunkan hujan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis nombor 9040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: لن تخلو الأرض من ثلاثين مثل إبراهيم خليل الرحمن، بهم يعافون، وبهم يرزقون، وبهم يمطرون. [ابن حبان في (الضعفاء)، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1392)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Bumi tidak akan pernah kosong dari 30 orang wali yang seperti Ibrahim Khalil al-Rahman. Disebabkan mereka umat manusia masih diampunkan, diberi rezeki dan masih diturunkan hujan." [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1392]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs