TEKS BAHASA ARAB
حديث: "لا تنجس الأرض من بول إلا بعد أربعين يوما".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Bumi tidak akan menjadi najis disebabkan air kencing melainkan selepas empat puluh hari”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 11, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي في الذيل: فيه داود الوضاع.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi pereka hadith iaitu Dawud.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.