Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الأرضَ لَتَعِجُّ إلى رَبِّها مِنَ الَّذينَ يَلبَسونَ الصُّوفَ رِياءً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bumi ini benar-benar merintih kepada Tuhannya kerana orang-orang yang memakai kain bulu dalam keadaan riak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis no. 9993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الأرض لتعج إلى ربها من الذين يلبسون الصوف رياء)). [فر،((الضعيفة)) (2259)]
(Batil) Daripada Abdullah bin Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bumi ini benar-benar merintih kepada Tuhannya kerana orang-orang yang memakai kain bulu dalam keadaan riak. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2259]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman