Bumi diangkat kepadaku, lalu aku takjub melihat sebuah bandar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رفعت لي الأرض، فرأيت مدينة أعجبتني. فقلت: يا جبريل، أي مدينة هذه؟ قال: هذه نصيبين، فقلت: اللهم عجل فتحها، واجعل فيها للمسلمين بركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Bumi diangkat kepadaku, lalu aku takjub melihat sebuah bandar. Lantas aku berkata: Wahai Jibril, bandar apakah ini? Jibril berkata: Ini adalah Nasibin. Aku berkata: Ya Allah engkau segerakanlah pembukaanya dan jadikan dia berkat untuk orang-orang Islam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 432, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا. وقال: حديث منكر، وفي إسناده: عبد السلام بن محمد الحضرمي، وهو لا يعرف، ومحمد بن كثير بن مروان، يروي عن الليث وغيره الأباطيل، والبلاء منه.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’. Dia berkata: Ini hadis yang munkar. Dalam sanadnya ada Abdul Salam bin Muhammad al-Hadhrami, seorang yang tidak dikenali. Muhammad bin Kathir bin Marwan pula meriwayatkan dari al-Laith dan selainnya hadis-hadis yang batil, dan bala (penyakit) dari hadis ini datang daripadanya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs