Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Bumi diangkat kepadaku, lalu aku takjub melihat sebuah bandar

Teks Bahasa Arab

حديث: رُفِعَتْ لِي الأَرْضُ، فَرَأَيْتُ مَدِينَةً أَعْجَبَتْنِي. فَقُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ، أَيُّ مَدِينَةٍ هَذِهِ؟ قَالَ: هَذِهِ نَصِيبِينَ، فَقُلْتُ: اللَّهُمَّ عَجِّلْ فَتْحَهَا، وَاجْعَلْ فِيهَا لِلْمُسْلِمِينَ بَرَكَةً.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Bumi diangkat kepadaku, lalu aku takjub melihat sebuah bandar. Lantas aku berkata: Wahai Jibril, bandar apakah ini? Jibril berkata: Ini adalah Nasibin. Aku berkata: Ya Allah engkau segerakanlah pembukaanya dan jadikan dia berkat untuk orang-orang Islam.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 432, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا. وقال: حديث منكر، وفي إسناده: عبد السلام بن محمد الحضرمي، وهو لا يعرف، ومحمد بن كثير بن مروان، يروي عن الليث وغيره الأباطيل، والبلاء منه.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’. Dia berkata: Ini hadis yang munkar. Dalam sanadnya ada Abdul Salam bin Muhammad al-Hadhrami, seorang yang tidak dikenali. Muhammad bin Kathir bin Marwan pula meriwayatkan dari al-Laith dan selainnya hadis-hadis yang batil, dan bala (penyakit) dari hadis ini datang daripadanya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.