TEKS BAHASA ARAB
الأرض على الماء، والماء على صخرة، والصخرة على ظهر حوت يلتقي حرفاه بالعرش، والحوت على كاهل ملك قدماه في الهواء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bumi di atas air, air di atas batu, batu di atas belakang ikan paus yang bertemu kedua sisinya di ‘Arash, ikan paus tersebut di atas bahu malaikat yang kedua kakinya di udara.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1653, hadis nombor 8346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما، مرفوعا: ((الأرضُ علَى الماءِ ، و الماءُ علَى صخرَةٍ ، و الصَّخرَةُ علَى ظَهرِ حوتٍ يلتَقي حرفاهُ بالعَرشِ ، و الحوتُ علَى كاهِلِ ملَكٍ قدماهُ ( في ) الهواءِ)). [عد، ابن منده في ((التوحيد))، البزار، ((الضعيفة)) (294)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bumi di atas air, air di atas batu, batu di atas belakang ikan paus yang bertemu kedua sisinya di ‘Arash, ikan paus tersebut di atas bahu malaikat yang kedua kakinya di udara)).
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Ibn Mandah dalam al-Tawhid dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 294].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.