TEKS BAHASA ARAB
إن الأرض ستفتح عليكم وتكفون المؤنة، فلا يعجز أحدكم أن يلهو بأسهمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bumi akan dibukakan untukmu (untuk ditakluki) dan kamu akan dicukupkan segala keperluan, maka janganlah salah seorang di antara kamu menyerah untuk bermain dengan anak panahnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1395, hadis nombor 7081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عمرو بن عطية رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : إن الأرض ستفتح عليكم وتكفون المؤنة، فلا يعجز أحدكم أن يلهو بأسهمه.
[طب، ((الضعيفة)) (7066)]
(Lemah)
Daripada ‘Amru bin ‘Atiyyah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bumi akan dibukakan untukmu (untuk ditakluki) dan kamu akan dicukupkan segala keperluan, maka janganlah salah seorang di antara kamu menyerah untuk bermain dengan anak panahnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7066]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.