Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bulan yang menjadi pilihan Allah ialah bulan Rejab, dan ia merupakan bulan Allah

Teks Bahasa Arab

خيرةُ اللهِ من الشهورِ شهرُ رجبٍ، وهو شهرُ اللهِ، من عظَّمَ شهرَ رجبَ؛ عظَّمَ أمر اللهِ، ومن عظَّمَ أمرَ اللهِ؛ أدخلَه اللهُ جناتِ النعيمِ، وأوجب رضوانَه الأكبرَ. وشعبانُ شهري، فمن عظَّمَ شعبانَ؛ فقد عظَّمَ أمري، ومن عظَّمَ أمري؛ كنتُ له فَرَطًا وذخرًا يومَ القيامةِ. وشهرُ رمضانَ شهرُ أمتي، فمن عظَّمَ شهرَ رمضانَ وعظَّم حُرمتَه، ولم يَنْتَهِكْهُ، وصام نهارَه، وقام ليلَه، وحفظ جوارحَه؛ خرج من رمضانَ وليس عليه ذنبٌ يطلبُه اللهُ به.

Teks Bahasa Melayu

Bulan yang menjadi pilihan Allah ialah bulan Rejab, dan ia merupakan bulan Allah. Sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab, dia telah mengagungkan perintah Allah. Dan sesiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga al-Na’im, dan Allah mewajibkan reda-Nya yang agung untuknya. Dan Syaaban ialah bulanku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, dia telah mengagungkan suruhanku. Dan sesiapa yang mengagungkan suruhanku, aku akan menjadi penjamin dan pelindungnya pada hari kiamat. Dan bulan Ramadan ialah bulan umatku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadan, mengagungkan kesuciannya serta tidak mencabulinya, berpuasa pada siangnya, melakukan qiamullail pada malamnya dan memelihara anggota badannya, dia akan keluar meninggalkan bulan Ramadan dalam keadaan tidak mempunyai sebarang dosa yang akan Allah tuntut daripadanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis no. 10333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه ، قال: قال النبي ﷺ: خيرة الله من الشهور شهر رجب، وهو شهر الله، مَن عظّم شهر الله رجب؛ عظم أمر الله، ومن عظم أمر الله؛ أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر. وشعبان شهري، فمن عظم شعبان؛ فقد عظم أمري، ومن عظم أمري؛ كنت له فرطاً وذخراً يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته، ولم ينتهكه، وصام نهاره، وقام ليله، وحفظ جوارحه؛ خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به. [هق، ((الضعيفة)) (6188)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bulan yang menjadi pilihan Allah ialah bulan Rejab, dan ia merupakan bulan Allah. Sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab, dia telah mengagungkan perintah Allah. Dan sesiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga al-Na’im, dan Allah mewajibkan reda-Nya yang agung untuknya. Dan Syaaban ialah bulanku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, dia telah mengagungkan suruhanku. Dan sesiapa yang mengagungkan suruhanku, aku akan menjadi penjamin dan pelindungnya pada hari kiamat. Dan bulan Ramadan ialah bulan umatku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadan, mengagungkan kesuciannya serta tidak mencabulinya, berpuasa pada siangnya, melakukan qiamullail pada malamnya dan memelihara anggota badannya, dia akan keluar meninggalkan bulan Ramadan dalam keadaan tidak mempunyai sebarang dosa yang akan Allah tuntut daripadanya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan Kubra. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6188]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.