Bulan Syaaban ialah bulanku, dan bulan Ramadan ialah bulan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شعبان شهري، ورمضان شهر الله، وشعبان المطهر، ورمضان المكفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bulan Syaaban ialah bulanku, dan bulan Ramadan ialah bulan Allah. Syaaban ialah bulan penyuci segala dosa, manakala bulan Ramadan ialah bulan diampunkan dosa).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis nombor 9288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((شعبان شهري، ورمضان شهر الله، وشعبان المطهّر، ورمضان المكفّر)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٧٤٦)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Āishah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bulan Syaaban ialah bulanku, dan bulan Ramadan ialah bulan Allah. Syaaban ialah bulan penyuci segala dosa, manakala bulan Ramadan ialah bulan diampunkan dosa). [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3746]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.