Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شعبانُ شهري، ورمضانُ شهرُ اللهِ، وشعبانُ المطهَّرُ، ورمضانُ المُكفِّرُ.
Teks Bahasa Melayu
Bulan Syaaban ialah bulanku, dan bulan Ramadan ialah bulan Allah. Syaaban ialah bulan penyuci segala dosa, manakala bulan Ramadan ialah bulan diampunkan dosa).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis no. 9288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((شعبان شهري، ورمضان شهر الله، وشعبان المطهّر، ورمضان المكفّر)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٧٤٦)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Āishah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bulan Syaaban ialah bulanku, dan bulan Ramadan ialah bulan Allah. Syaaban ialah bulan penyuci segala dosa, manakala bulan Ramadan ialah bulan diampunkan dosa). [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3746]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman