Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلال قال: هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك فعدلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu dan menyempurnakanmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis nombor 7474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا رأى الهلال، قال: ((هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك فعدلك)). [طس،((الضعيفة)) (3508)]

(Lemah Sanad)
Daripada Anas RA, berkata: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu dan menyempurnakanmu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs