Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk

Teks Bahasa Arab

كان إذا رأى الهلالَ قال: هلالُ خيرٍ ورُشدٍ، آمنتُ بالذي خلقكَ فعدلكَ.

Teks Bahasa Melayu

Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu dan menyempurnakanmu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis no. 7474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا رأى الهلال، قال: ((هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك فعدلك)). [طس،((الضعيفة)) (3508)]

(Lemah Sanad) Daripada Anas RA, berkata: Baginda SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Bulan sabit membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu dan menyempurnakanmu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3508]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.