TEKS BAHASA ARAB
شهر رمضان معلق بين السماء والأرض، ولا يرفع إلى الله إلا بزكاة الفطر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bulan Ramadan itu tergantung antara langit dan bumi, dan tidak akan diangkat kepada Allah melainkan dengan menunaikan zakat fitrah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: «شهر رمضان معلق بين السماء والأرض، ولا يرفع إلى الله إلا بزكاة الفطر». [ابن شاهين، الضياء، ابن عيسى المقدسي في ((فضائل جرير))، ((الضعيفة)) (43))]
(Lemah) Daripada Anas RA telah berkata: "Bulan Ramadan itu tergantung antara langit dan bumi, dan tidak akan diangkat kepada Allah melainkan dengan menunaikan zakat fitrah."
[Diriwayatkan oleh ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah dan ibn Isa al-Maqdisi dalam Fadha’il Jarir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 43].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.