Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bulan Ramadan tergantung antara langit dan bumi

Teks Bahasa Arab

شَهْرُ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، وَلَا يُرْفَعُ إِلَى اللهِ إِلَّا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Bulan Ramadan itu tergantung antara langit dan bumi, dan tidak akan diangkat kepada Allah melainkan dengan menunaikan zakat fitrah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis no. 5684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: «شهر رمضان معلق بين السماء والأرض، ولا يرفع إلى الله إلا بزكاة الفطر». [ابن شاهين، الضياء، ابن عيسى المقدسي في فضائل جرير، الضعيفة (43]

(Lemah) Daripada Anas RA telah berkata: "Bulan Ramadan itu tergantung antara langit dan bumi, dan tidak akan diangkat kepada Allah melainkan dengan menunaikan zakat fitrah." [Diriwayatkan oleh ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah dan ibn Isa al-Maqdisi dalam Fadha’il Jarir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 43].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.