TEKS BAHASA ARAB
شهر رمضان شهر أمتي ترمض فيه ذنوبهم فإذا صامه عبد مسلم ولم يكذب ولم يغتب وفطره طيب خرج من ذنوبه كما تخرج الحية من سلخها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bulan Ramadan adalah bulan umatku, dihapuskan dosa-dosa mereka pada bulan tersebut. Apabila seorang orang Islam itu berpuasa, tidak berdusta, tidak mengumpat, dan fitrahnya (kelakuannya) baik, maka dosa-dosanya akan keluar sepertimana ular bersalin kulitnya yang baru.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis nombor 5811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: شهر رمضان شهر أمتي ترمض فيه ذنوبهم فإذا صامه عبد مسلم ولم يكذب ولم يغتب وفطره طيب خرج من ذنوبه كما تخرج الحية من سلخها. [فر، الضعيفة (5400)]
(Sangat lemah) Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bulan Ramadan adalah bulan umatku, dihapuskan dosa-dosa mereka pada bulan tersebut. Apabila seorang orang Islam itu berpuasa, tidak berdusta, tidak mengumpat, dan fitrahnya (kelakuannya) baik, maka dosa-dosanya akan keluar sepertimana ular bersalin kulitnya yang baru. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5400]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.