Bulan pilihan Allah adalah bulan Rejab, ia adalah bulan Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

خيرة الله من الشهور شهر رجب وهو شهر الله من عظم شهر الله رجب عظم أمر الله ومن عظم أمر الله أدخله جنات النعيم وأوجب له رضوانه الأكبر. وشعبان شهري فمن عظم شعبان فقد عظم أمري ومن عظم أمري؛ كنت له فرطا وذخرا يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته ولم ينتهكه وصام نهاره، وقام ليله وحفظ جوارحه خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bulan pilihan Allah adalah bulan Rejab, ia adalah bulan Allah SWT, Sesiapa mengagungkan bulan Allah. iaitu bulan Rejab maka telah mengagungkan perintah Allah SWT, dan sesiapa yang mengagungkan perintah Allah SWT maka akan dimasukkan ke dalam syurga Na’im dan akan mendapat keredaan Allah SWT yang paling besar. Bulan Syaaban adalah bulanku (bulan Rasulullah SAW). Sesiapa mengagungkan bulan ini maka telah mengagungkan perintahku, dan sesiapa mengagungkan perintahku maka aku adalah sebagai pembela baginya dan juga sebagai simpanan pahala di hari kiamat nanti. Bulan Ramadan adalah bulan umatku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadan serta memuliakannya dan tidak mengotorinya, berpuasa pada siang hari serta menghidupkan malamnya (dengan beribadah), dan menjaga anggota tubuhnya (daripada maksiat), maka tiada dosa baginya yang boleh menyebabkan dia diazab oleh Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1159, hadis nombor 5862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيرة الله من الشهور شهر رجب وهو شهر الله من عظم شهر الله رجب عظم أمر الله ومن عظم أمر الله أدخله جنات النعيم وأوجب له رضوانه الأكبر. وشعبان شهري فمن عظم شعبان فقد عظم أمري ومن عظم أمري؛ كنت له فرطا وذخرا يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته ولم ينتهكه وصام نهاره، وقام ليله وحفظ جوارحه خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به. [هق، الضعيفة (6188)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bulan pilihan Allah adalah bulan Rejab, ia adalah bulan Allah SWT. Sesiapa mengagungkan bulan Allah, iaitu bulan Rejab maka telah mengagungkan perintah Allah SWT, dan sesiapa yang mengagungkan perintah Allah SWT maka akan dimasukkan ke dalam syurga Na’im dan akan mendapat keredaan Allah SWT yang paling besar. Bulan Syaaban adalah bulanku (bulan Rasulullah SAW). Sesiapa mengagungkan bulan ini maka telah mengagungkan perintahku, dan sesiapa mengagungkan perintahku maka aku adalah sebagai pembela baginya dan juga sebagai simpanan pahala di hari kiamat nanti. Bulan Ramadan adalah bulan umatku. Sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadan serta memuliakannya dan tidak mengotorinya, berpuasa pada siang hari serta menghidupkan malamnya (dengan beribadah), dan menjaga anggota tubuhnya (daripada maksiat), maka tiada dosa baginya yang boleh menyebabkan dia diazab oleh Allah. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6188]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.